Thursday, January 17, 2013

Rezeki Nak Kahwin!!!! huhuhuhu

TERIMA KASIH YA ALLAH ~~~


firstly, thanx to Allah kerana telah melimpahkan rezekinya kepada hambanya ini lagi kerdil yang tidak mempunyai apa- apa dan sering melakukan dosa,,tetapi Allah tetap melimpahkan rezekinya kepada ku.. Ya Allah kau jauhkanlah aku dari sifat riak dan bukalah hatiku untuk lebih bersedekah ...Amin ~~~~~~~~~~`


Alhamdulliah , pada tahun penuh berkat nie tadi aku dapat berita yg gaji aku naek lagi,,maybe nie rezeki nak kahwin,, hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan aku ptg td,,, mmg terkejut la kn yela sbb aku rase mutu kerja aku xda la smpai terbest  tapi boleh la cukup2 makan,,,(hehehehehe) so harapan aku gaji kali nie aku nk bawak family aku makan lah,,, tp kt mne yer??? ada  idea x kekawan....plsssss bagi cadangan ,,,:)


x pe dengan penuh azam pada tahun ini, aku akan kerja bersungguh-sungguh lagi dan meningkatkan mutu kerja aku,,,(aceceeceh mcm bodek jer)... tp aku ikhlas nie heheheheh

best yer klo duit aku banyak mcm nie huhuhuhuuh
gile teruja,,,

Tuesday, January 15, 2013

Me & Frenz

 weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee  :)

Novel Terbaru : Gurauan Berkasih

INI LAH NOVEL TERBARU DARI KOLEKSI AKU HEHEHEHE

tadaaaaaaaaaaaa,,,,, hehehehe inilah koleksi terbaru aku.. baru je beli mase ari sabtu 12hb jan 2013 di Jusco Seremban 2 hehehehe.. sebenarye aku nk cari novel CIK BLUR & ENCIK IKHLAS tapi novel tue xda plak kat popular,, penat cari di setiap pelosok rak tue tetap xda gak emmmmmmmmmmm...  last2 aku beli novel GURAUAN BERKASIH nie,,, best gak cite die rugi xbace tau heheheh ,, jom kite layan sinopsis cite nie

Sinopsis
Hidup Nur Liyana Safiyah menjadi kucar-kacir dengan kehadiran Amirul Arif Iskandar. Ditambah pula dengan hasrat dan niat Tan Sri Khalil yang ingin bermenantukan dirinya. Pelbagai cara dan taktik dirancang oleh Nur Liyana Safiyah untuk menggagalkan rancangan Tan Sri Khalil sehingga sanggup mengupah seseorang untuk berlakon di hadapan Tan Sri Khalil.

“Awak dah berjaya, Liyana. Awak dah berjaya buat saya tergoda dengan awak. Awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak. Awak dah berjaya buat saya menelan kesemua kata-kata yang pernah saya hamburkan pada awak dulu. Awak dah berjaya memalukan saya. Dan, awak dah berjaya buat saya angaukan awak.” – Amirul Arif Iskandar.

Drama demi drama yang dilakonkan oleh Nur Liyana Safiyah akhirnya menjerat dirinya sendiri. Dia dibenci oleh Dato’ Zulkifli dan didendami oleh Nur Laila Safiyah. Dia dibuang keluarga malah diharamkan menjejakkan kaki ke rumah. Nur Liyana Safiyah akur akan nasib yang menimpa dirinya.

Demi sebuah kebenaran, Nur Liyana Safiyah bertekad untuk mencari asal usul dirinya. Mencari punca dan sebab kenapa dirinya dibenci oleh Dato’ Zulkifli. Mencari sebab kenapa Nur Laila Safiyah mendendaminya.

“Siapa kata Lia tu anak saya? Dia anak awak dan bukan anak saya.” - Dato’ Zulkifli Zainuddin. Adakah Nur Liyana Safiyah dapat mengetahui siapa dirinya yang sebenar? Adakah Dato’ Zulkifli akan menerimanya sebagai anak dalam erti kata yang sebenar?

Dapatkah Amirul Arif Iskandar menyembuhkan luka di hati Nur Liyana Safiyah? Mungkinkah Harris Hakimi bakal menjadi pesaing Amirul Arif Iskandar? Siapa pula Ashraf Daniel dalam kehidupan Nur Liyana Safiyah?

“Ris sukakan Lia. Ris sayangkan Lia. Sudi tak kiranya Lia jadi kekasih Ris?” – Harris Hakimi. “Ingin kusentuh hatimu, sayang dalam rinduku. Moga kau tahu hebatnya cinta di hati ini. Sekian lama memendam cinta. Payah kurasa menyeksa jiwa.” – Nur Liyana Safiyah.

Thursday, January 10, 2013

Berat oh Berat !!!


nerves x bile berat korang mcm nie hehhehehehe

haaaa bile cakap pasal berat badan noe mmg semua org akan jadi stress bile pk berat badan masing2 lagi2 bile berat tue naek.. xpun org ckp mcm ni kat kite :
"aku tengok ko skang nie dah laen la"...
"ape yang dah laen,, aku rase mcm bese jer"  
" xda la aku tgk skang dah GEMUK"
" errrrrr yeke??? " smbil tue buat muke blurrrrrr
arghhhhhhhh mmg tesion la bile org cakap mcm tue kat kite..ko boleh xnak kuar rumah nk dok je dalam rumah senyap2 hehehehhe

tapi ape pun yg berlaku ni pun atas pengalaman aku sendiri hehehe,, tp kadang faktor badan kite naek disebabkan HATI SENANG .. yela dah xda ape nk pk so hati pun senang,, di sebabkan aku nk kawen nie so aku dalam usaha menguruskan berat badan la,, nnt xcantik plak dok atas pelamin,,,

alhamdullilah sehingga kini berat aku dah kurang 7kg,, mmg xprasan sgt berat aku dh lost 7kg sbb badan aku ni jenis daging padat hehehehe jd hanya aku je yang berat aku dh turun ...( tapi xtau la klo scale tu yg tipu plak kn hahhahaha) mmg sekarang nie mmg mcm2 yg aku buat tok trunkn berat badan antaranya:


  • minum air masak secukup yer (jangan terlebih sangat nnt jd gemuk air)
  • buat excerse walaupun sekejap
  • kurangkan makan malam
  • kurangkan makanan berwarna putih 
  • kurangkan minuman manis
  • kurangkan garam
  • aku amalkan makan minyak kelapa dara (VCO)

ni mase berat aku lom kurang 7kg lagi... huhuhuh tembam kn 

Wednesday, January 9, 2013

Bride To Be : 241 days


aiii uolss,,,
 sori kite late update kite yer blog for 2013,, hehehhe (mengade yer)

sekejap je masa berlalukan,, maka dengan segala hormat yer umo i pun bertambah hehehhe so dis year umo i 25 years old,, tp lmbat lagi nk tunggu bulan sept hehehehe,, ape pun selamat tahun baru tok semua..heeeeeeeeeeee :)

bile fikir tentang masa mule la aku gelabah , mau yer x gelabah sekejap je tinggal  8 bulan aku nk kawen,, tp Alhamdullilah dah ada ckit2 yg dah jalan or proceed,,, yela mase bulan 12 2012 aritu aku xleh nk g mne2 sbb aku bz gan keje,, sbb tempat keje aku bile sabtu ahag ofis bukak so nak x nak aku kne la keje,, xpe la yg penting duit masyuk hahahahhaha ,,, ( bayak OT aku bulan nie ) 

ok la bile masuk bab kawen , smlm org catering datang rumah aku untuk discuss bab makan (penting ni sbb sape xnak mkn kn heheheh)... aku amik catering dari http://www.facebook.com/pages/Rohani-Event-Catering-REC/170171609688669 ...mmg terbaik la dari catering nie sbb tertarik dengan cara dierg serve gan tetamu n customer,, sbb yer dierg nie satu2 catering yg sanggup buat berhidang mcm zaman-zaman dulu.. so tue kiterg pilih catering nie...


ok la tue kn bukan senang skang nk cari yg berhidang,,, aku amik pakej rm 14.00 dengan jemputan sebanyak 1000 orang,, antara menu lauk yang di sediakan 5 jenis lauk termasuk ulam2, then DIY meja pengantin ,lauk pengantin sume 5  jenis lauk per set .... bile masuk bab warne mmg aku suke,, sbb yer akak tue tye theme aku so aku ckp la hijau turqouise plus peach,, tp famly aku pkai peach kaler,, jadi khemah aku kaler hijau turqouise,,nasib baek catring ni ada scallop kaler tue,, so mmg aku HAPPY sgt,, sebab hajat aku tercapai huhuhuhu ALHAMDULLILAH~~~~~~~~~
NIE COMBINATION KALER - TP HIJAU NI SOFT CKIT... AKU YER NK LIGHT CKIT LA :)
PEACH COLOR NIE - FAMLY

Tuesday, January 8, 2013

Tips Mengurangkan Berat Badan

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG
Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar ‘muscle’(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI
Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAK MINUM MINUMAN BERKARBONAT
Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

MAKAN DENGAN KERAP
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

CUCI MULUT
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG
Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

DIARI PEMAKANAN
Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

UTAMAKAN KESIHATAN
Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

CARA MASAKAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

PILIHAN PERKAKAS
Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

KURANGKAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.
Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.