Wednesday, July 3, 2013

Bride To Be : 65 Days - Sunat Selepas Akad Nikah

salam petang sume,,, skang nie kita dah bulan 7 kn sekejap jer masa berlalu. tinggal seminggu je lagi Ramadhan akan bermula. seperti yang kita tahu di bulan Ramadhan yang penuh barakah semua pintu neraka akan di tutup maka pintu syurga akan di buka. selain itu juga semua jin dan syaitan juga akan di ikat kecuali satu iaitu nafsu.
so apabila Ramadhan semakin hampir maka persiapan untuk wedding juga makin rancak(padahal xda rancak mana pun hehehehe sbb aku xtau nk wat yang mane satu)
ok la kali nie zura nk shared ckit ttg amalan-amalan sunat yang telah dilupakan oleh sesetengah pengantin bila selesai sahaja akad nikah. zura wat rujukan Ustaz Don sbb di majlis pernikahan dia still mengamalkan sunat selepas nikah.
Kini ramai yang akan membina masjid baru dengan perkahwinan. Perkahwinan yang diberkati adalah apabila mematuhi suruhan Allah SWT dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
Antara yang kita lihat, Ustaz Don Daniyal mengamalkan beberapa perkara sunat selepas akad nikah. Antaranya, meletakkan tangan di ubun-ubun atau dahi isterinya dan berdoa. Selain itu, Ustaz Don Daniyal solat sunat 2 rakaat.

Sunat Selepas Akad Nikah

1 -  Solat Sunat Selepas Akad Nikah
sunat selepas akad nikah
Niat Solat Sunat Nikah
“Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”“
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
  • Rakaat pertama:
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun
  • Rakaat kedua
  • Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas
  • membaca doa selepas salam

2 – Sujud Syukur

3 - Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.
sunat selepas akad nikah

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan:

 ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’  (Riwayat Abu Daud).
4 – Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah (jangan fokus nak ambil gambar sahaja - ini mmg perkara biasa bagi semua orang heheheheh)
p/s : bagi B2B sekalian diharapkan dapatlah kita mengamalkan sunat selepas akad nikah ini untuk memperolehi lebih barakah. aminnn..



No comments:

Post a Comment