Tuesday, June 11, 2013

RAHSIA TAHI LALAT,,,

tetiba rasa hari nie nk post kat entry nie pasal tahi lalat plak ,,, bukan yer apa pagi tertelek muke lama-lama kat cermin ,, so bila dh telek tue mcm mcm la prasan hehehe salah satu yer TAHI LALAT... opssss tapi i xleh bgtau di mana posisi tahi lalat i,, nnt uolls tau plak kikikiki (prasan jer pdhal org x heran pun kikikikiki)

kali nie zura nk fokus tahi lalat muka dulu,, info nie zura amik dr salah satu blogger,, sori la yer saya teramik kamu yer entry (maaf xsengaja),,,,

mesti ramai tertanya-tanyakan setiap maksud kedudukan tahi lalat di wajah masing-masing... tp walau apa pun kita sbg muslim jgn percaya sgt benda tahyul nie,, aggap saja suratan & kebetulan heheheheh... let we start it,,,,,
ok cepat tgk tahi lalat masing-masing di mana hehehehehe

KENING KANAN

Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.

KENING KIRI

Sifat sopan adalah gambaran bagi mereka yang memiliki tahi lalat sebegini. Kamu juga seorang yang lemah-lembut. Walaupun kamu seorang yang bersopan dan lemah-lembut, namun jangan terperanjat kerana kamu juga seorang yang aktif dan cergas. Tidak hairanlah kamu ini suka melibatkan diri dalam kegiatan lasak termasuklah acara sukan.

ANTARA DUA KENING

Kamu dikatakan seorang yang keras hati dan pendirian kamu sukar digugat atau dipengaruhi orang lain. Selain itu, kamu juga seorang yang berani. Kadangkala sikap kamu yang berani ‘tak bertempat’ itu mendatangkan keburukan pada diri kamu.

ATAS MATA KANAN

Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.

ATAS MATA KIRI

Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.

PIPI KIRI

Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.

PIPI KANAN

Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.

PADA HIDUNG

Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!

PADA BATANG HIDUNG

Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.

BIBIR ATAS KANAN

Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.

BIBIR ATAS KIRI

Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.

BIBIR BAWAH KANAN

Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkanwajah kamu manis dan sedap mata memandang.

BIBIR BAWAH KIRI

Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.

HUJUNG MULUT KANAN

Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.

HUJUNG MULUT KIRI

Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.

DAGU BAWAH KANAN

Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.

DAGU BAWAH KIRI

Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana dan mempunyai jiwa yang suci daripada hasad dengki dan cemburu.

 cukup sampai cini saja,,, jom tengok tahi lalat masing-masing da yg terkena x hehehehehe......

No comments:

Post a Comment