hyeeee,,,
nak tau x ape aktiviti zura mase weekand ari tue ,,haaaaaaaaaaa zura g senaman aerobik hehehehe,,, sejak-sejak nak kawen nie kne la rajin ckit exercise kang x muat lak nak pkai baju pengantin kikikikiki... sebenaryer dah lame jugak zura x g aerobik nie sbb yer dekat kompleks belia sukan paroi tgh renovate heheheh tue kitrg pun x g gak (padahal renovate tue xda kne mengene pun dgn aerobik hahahahah dalam erti kate sebenar PEMALAS )
so nak dijadikan cerita , tetibe je mak ajak g jogging kat lake garden seremban tapi yang tempat baru tau bukan lake gaeden yg lame tue,,, slalu yer kiterg anak beranak akan kuar rumah g jogging kol 6.30 pagi ,bak kate mak zura sedap ckit angin pagi sementara tunggu matahari naik. tapi kali nie zura ajak g kol 7.00 pagi sebb nya skang nie kol 7 pagi pun gelap lagi..kitrg x g sendiri je mse sebab mak ajak BFF die skali g jogging baru best ramai (katanya lah heheheheh)
elok jer kiterg smpai kat lake garden tue , rupenye ada orang tgh pasang sound system tok aerobik.. haaaaaaaaaaaaa ape lagi elok je orang tue abes pasang kitrg pun join lah skali aerobik sama hahahahah best tau aerobik kat lake garden nie berbanding kat paroi sbb yer kat lake garden nie banyak pokok - pokok so nyaman jer rase,, jadi marilah kite sama-sama senaman tok kesihatan badan :)
ok jom kite share ckit info tentang aerobik nie ,,,
Aerobik boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali dan maksima lima kali seminggu. Daya intensiti dalam aerobik adalah mengikut keupayaan tubuh. Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:
1. Sesi Memanaskan Badan
- Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar.
- Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.
- Ciri-ciri memanaskan badan termasuk :
a. Jangka masanya lebih kurang 10 minit.
b. Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan diakhiri dengan regangan.
Revolusi 'Aerodanze'
Walaupun bersenam itu penting dan boleh dikatakan satu keperluan 'wajib' bagi tubuh, namun ramai yang masih mencari alasan untuk tidak melakukannya. Bersenam masih dianggap hal yang remeh dan tak seronok. Bagi memberikan anda lebih variasi dengan tambahan keseronokan yang diimpikan, anda mungkin
boleh mencuba 'dance aerobics' atau lebih sinonim di kalangan penggemar rutin kecergasan yang rancak sebagai 'aerodanze'.
Kelebihan 'Aerodanze'
Tidak banyak bezanya jika dilihat dari segi manfaat yang diperolehi dari kedua rutin senaman ini. Bagaimanapun, 'aerodanze' yang lebih santai ini senang diikuti oleh golongan amatur atau anda yang baru saja berjinak jinak dengan dunia kecergasan atau 'workout' ini. Di antara manfaatnya adalah:
1. Membantu menguatkan tubuh termasuklah bahagian 'weight bearing bones' dan
otot kardiovaskular.
2. Ia juga membantu anda menurunkan berat badan di samping membina otot tubuh menjadikan penurunan berat anda sihat dan tubuh kekal fit. 'Aerodanze' ini juga amat sesuai dilakukan bagi anda yang ingin membentuk kembali tubuh khususnya di bahagian bawah tubuh khususnya pada bahagian punggung, paha dan betis.
No comments:
Post a Comment